Saturday 25 October 2014

H.I.D.U.P

Aku ada seorang ibu tunggal yang agak lanjut usianya.Akan tetapi gigihnya dia untuk mendapatkan rezeki yang halal. Berpisah dengan lelaki bergelar suami pada tahun-tahun yang lalu,dek kerana ketidak serasian.apa yang gigihnya ialah ketabahanya untuk mendidik anak-anaknya dengan kemampuan yang agak sedikit, dan sanggup berbuat apa sahaja demi wang untuk anak-anak.tidak kisah apa-apa kerja sekalipun demi wang. Apa yang sedihnya ialah, menghabiskan usianya dengan cucu yang mengalami masalah dan mencuba untuk menyelesaikanya. Dan kadang cara menghilangkan kesedihannya dengan bergaul dengan teman yang baru dikenalinya.