Saturday 25 October 2014

H.I.D.U.P

Aku ada seorang ibu tunggal yang agak lanjut usianya.Akan tetapi gigihnya dia untuk mendapatkan rezeki yang halal. Berpisah dengan lelaki bergelar suami pada tahun-tahun yang lalu,dek kerana ketidak serasian.apa yang gigihnya ialah ketabahanya untuk mendidik anak-anaknya dengan kemampuan yang agak sedikit, dan sanggup berbuat apa sahaja demi wang untuk anak-anak.tidak kisah apa-apa kerja sekalipun demi wang. Apa yang sedihnya ialah, menghabiskan usianya dengan cucu yang mengalami masalah dan mencuba untuk menyelesaikanya. Dan kadang cara menghilangkan kesedihannya dengan bergaul dengan teman yang baru dikenalinya. 



Friday 16 May 2014

Amir Jahari - Aku Juga Manusia

lagu nie aku dengar masa kat dalam kereta nak pergi menuntut ilmu..ceh..poyo siaa..tapi ape2 pun layan dlu lagu nie..best..

notefeed : sedar diri

Thursday 1 May 2014

Chinese..

Aku tengok orang cina lagi baik and peramah dari semua bangsa-bangsa lain,sebab masa aku pergi tengok wayang tadi,orang cina yang tegur aku.bangsa-bangsa lain yang aku kenal tak ada pun nak tegur aku.walaupun orang cina just tegur aku "tengok spiderman jugak?".Atleast dia tegur aku..Aku bangga jadi orang thailand sebab muka diorang lebih kurang dengan orang cina..

Tuesday 29 April 2014

Bercelaru



   hye..saya lagi..saya terlalu suka untuk menulis apa yg saya rasa atau pun apa yang saya perhatikan hari-hari saya..saya suka menulis di mana-mana kertas ataupun mana-mana buku yang saya jumpa..


   cerita dia macam nie,masalah yg singgah dalam hidup kita.kenapa masalah selalu datang tanpa notis ataupun mana-mana pihak yang memberi tahu akan datangnya masalah.


kenapa perlu datangnya sendiri masalah itu,saya selalu fikir kenapa tidak bahagia?.tapi,saya selalu juga terfikir,hidup kita ini penuh dengan cabaran.jujur saya cakap,saya tidak beberapa fasih untuk mengendalikan masalah saya walhal saya perlu selesakan masalah orang lain.

kadang-kadang,saya juga terfikir yang masalah ini yang membuatkan kita lebih rasional berfikir,dapat membahagikan mana yang baik mana yang buruk.masalah juga dapat memberi semangat bagi orang yang handal bermain dengan masalah.

perkara ini selalu bermain dalam fikiran saya,kadang-kadang saya terfikir saya hanya sebagai sesuatu alat yang hanya memantau keadaan di dalam kepala saya sendiri.saya hanya dapat melihat apa yang berlaku hanya daripada dua jenis organ yang dipanggil mata.

saya bagaikan sedang dibuai mimpi ataupun sedang menonton cerita saya sendiri,saya tidak boleh mengulanginya atau mempercepatkan cerita ini.saya hanya kaku melihat apa yang terjadi dalam hidup saya.menunggu masa untuk berhenti.

berada di dalam sebuah rangka di bahagian paling penting buat manusia iaitu kepala.saya hanya berada dalam otak saya dendiri,menonton sebuah filem.saya keseorangan menunggu waktu untuk bebas.menanti waktu mati,iaitu hari yang membuatkan saya rasa bebas.

selepasnya badan kaku,saya bebas kemana sahaja yang saya ingin pergi.bebas dari segala seksaan hidup.saat yang paling berharga.apa yang saya perhatikan dalam hidup ini,dengki ialah perkara biasa yang manusia sekaarang rasa hanya perkara biasa.

manusia juga saling pentingkan diri mereka sendiri.saya tidak menafikan perkara ini kerana saya sendiri yang melakukanya.mereka juga tidak mengerti dunia yang luas terbentang.

mereka dikongkong dalam dunia mereka sendiri.menanti tamatnya masa untuk mereka berhenti melalukan misi mereka.dalam hidup manusia juga,manusia tidak mengerti apa itu penghargaan.dengan penghargaan baru kita faham bagaimana untuk kita memahami hidup seseorang itu.

dengan penghargaan juga kita dapat menumpang bahagianya hidup seseorang itu.saya disini menunggu jasad untuk kaku,kerana saat itulah bermulanya misi hidup saya.saya ingin membantu tetapi apakan daya.saya hanya ciptaan-Nya,mampu merancang tetapi tidak semestinya berlaku.^_^.



'kecelaruan'
^_^


salah silap datangnya dari saya.apa yang baik semuanya datang dari Allah s.w.t

Wednesday 23 April 2014

Hebat!

wow! aq suka lelaki yang gentleman seperti diriku sendiri..haha..tapi sejujurnya,aq bangga dengan diri aku sendiri kerana dengan kebolehan aku untuk menulis.Memandangkan hanya aku sendiri yang nampak kebolehan diri aku sendiri.Aku rasa seperti aku hanya berada dalam dunia aku sendiri.Tetapi tidak mengapa,biarlah manusia hanya memandang aku hanya sebagai manusia biasa tanpa disedari khalayak ramai.pertama kali aku menulis di blog.Kalau ada salah silap aku mintak maaf.Aku hanya seorang insan biasa penuh dengan dosa yang tidak terkira.kenal lah diri aku sebagai sahabatmu.